PENEMPAH LUBANG KUBUR

Jumaat, 15 Oktober 2010

HERAN... TAK HERAN...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ini bukan entri pasal raya, bukan jugak pasal Hari Kebangsaan, apatah lagi pasal Hari Malaysia. Bukan jugak entri sempena hari jadi sapa-sapa, atau pasal rakyat negeri Kelantan dapat raja baru.  Entri ini adalah pasal....




Tau kan gambar ape ni? (Tak tau pun buat-buat tau je..)




Saja je aku gatal-gatal tangan nak tulis entri pasal ni. Sebab aku tengok topik ni paling top dan hot sekarang ni.  Memang syok kalau selalu follow pasal illuminati ni.  Aku pun selalu follow jugak. Ehehe.



Tanpa aku bermuqaddimah dengan lebih panjang, aku pasti korang semua mesti dah tau banyak pasal illuminati dan freemasonry ni.  Korang pun mesti lagi arif dari aku punya. Kepada yang tak tahu tu, silakanlah tanya kepada cik google. Jangan buang masa aku. Huh!


Aku nak teruskan kepada point.
Sememangnya  illuminati dan freemasonry ni sangat terkenal dengan pelbagai simbol dan lambang-lambang yang membawa maksud yang tersendiri.  Simbol-simbol diorang semua tu dah tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan diselitkan ke dalam pelbagai industri.  Wow!


Yang aku heran...
Kecoh seluruh negara (siap masuk  akhbar lagi) bila seorang penulis blog telah membongkarkan bahawa wujudnya pengaruh illuminati dalam Anugerah Juara Lagu yang ke berapa ntah.  Fuh! Semua orang pakat bising (siap dengan maki hamun dan carut mencarut lagi).  Tapi aku tak. Aku gelak. (dalam hati je la). Hahaha. Ops!



Sebab aku gelak = AJL sebelum-sebelum ni tak da kecoh-kecoh pun. Apa beza AJL dulu dengan yang ni? Tetap ada orang duk melalak, berjoget dan melompat atas pentas tu.  Ada juga pesta membuka aurat secara rasmi dan ber`lesen’.  Tempat lelaki dan perempuan juga tak diasingkan dan macam-macam lagi la persamaannya (penat aku nk tulis semua).



Bezanya yang dulu-dulu tu tak ada checkered floor time orang tengah berjoget dan melalak atas pentas. Tak adanya Alyah yang pakai gaun warna merah ala-ala lady in red.  Tak kelihatan unfinished pyramid kat pentas tu dan tak ada kumpulan Search bersama dengan logonya yang seakan-akan All Seeing Eye tu.



Hoi! Hoi!
Tak ada benda tu semua pun AJL tu tetap majlis yang haram lagi merosakkan. AJL tu sendiri dah pengaruh si Dajjal. Melalak, berjoget, pesta membuka aurat, percampuran lelaki perempuan tu semuanya pengaruh illuminati dan freemason.  Hahaha..jom gelak sama-sama (dalam hati je).


Yang ni aku tak heran...
Memang banyak lambang n simbol freemason ni.  Antaranya boleh jumpa jugak kat duit, bank-bank termasuk Bank Negara (kalau tak tau google sendiri). Sekarang memang jelas la si dajjal dan konco-konconya sekarang dah menguasai ekonomi dunia. Diorang mengatur semuanya..



Tapi..kita orang Islam, jangan risau..
Mereka menguasai ekonomi dunia, kita menguasai ekonomi akhirat.  Allah sudah menawarkan jual beli yang sangat untung buat kita dan semestinya tidak setanding dengan segala yang ada di muka bumi ni.



Tapi...ramai lagi saudara-saudara kita yang belum sedar. Yang ni kita perlu risau. Aku teringat satu kata-kata daripada Syeikh Ibrahim Adham, kata beliau:

Setiap ummat mempunyai berhala dan berhala bagi ummat ini ialah dirham dan dinar.



Betul kan? Masih ramai lagi ummat Islam yang secara sedar atau tidak telah menyembah dan ber`tuhan’kan duit.  Sangat kerap mendengar ungkapan ini: “Ada duit, semua jadi”.



Dengar macam biasa je kan? Tapi secara halusnya telah berlaku syirik kepada Allah di situ.  Nampak sangat kebergantungan kita kepada duit semata-mata.  Tambah lagi dengan ummat yang tak jemu-jemu mengejar dan mengumpul kekayaan sehingga mengabaikan urusan agama. Hasilnya...jadilah mereka Qarun di zaman moden.



Ya! Mereka telah terpengaruh dengan si dajjal dengan `menyembah’ duit dan kebendaan. Yang semestinya lagi bahaya daripada segala macam simbol-simbol tu.


Aku heran kembali...
Bila dapat tahu yang artis-artis antarabangsa antaranya Lady Gaga, Rihanna, Britney Spears dan sape-sape lagi ntah ada kaitan dan merupakan ejen freemason ramai pakat benci dan maki hamun diorang (padahal layan jugak pon). Kalau yang dah minat tu, minat jugak... Mampus la, orang nak cakap apa pun. Dah minat, dengar jugak lagu diorang, tengok jugak video klip diorang (siap beli album lagi). Huh!



Tapi kalau artis-artis lain (termasuk artis tempatan) yang kononnya tak da kaitan dengan freemason, semua senyap je. Siap ada yang puji melangit lagi.  Walhal diorang tu pakaian pun macam si miskin yang tak cukup kain jugak, kalau dah naik pentas melalak jugak, nyanyi lagu ntah apa-apa jugak.  Ish, ish... Tak ubah macam artis-artis yang jadi ejen freemason tu..



Ape la..tak kan la korang benci sebab freemason je?? Hurm.. aku pun benci jugak sebab benci itu sebahagian daripada iman.  Wajib benci sebab maksiat dan syirik mereka kepada Allah, bukan sebab diorang tu ejen Freemason je...



Tapi perlu diingat...
Bukan sekadar benci dimulut (caci maki hamun), benci jugak di telinga (tak dengar lagu), di mata (tak tengok video klip) dan tidak ketinggalan di hati...


Yang aku lagi heran...
Ramai diantara kita (termasuk aku) semangat giler mengkaji macam-macam pasal freemason ni.  Asal usulnya, simbolik-simboliknya yang pelik-pelik tu, kaitannya dengan si dajjal, ejen-ejennya dan ntah ape-ape lagi ntah..



Tapi....
Kita (ntah-ntah aku sorang je) lupa untuk mengkaji dan mendalami agama kita.  Lupa untuk ambil tahu macam-macam lagi cabang ilmu tentang Islam. Lupa untuk mentadabbur Al-Quran dan Sunnah. Kita lupa itu, kita lupa ini dan kata Tun Mahathir "melayu mudah lupa"...Err..Betul ke?


Dan persoalan yang paling penting...sudahkah kita mempersiapkan diri dengan kemunculan si dajjal yang sememangnya telah dijanjikan? Apakah kita sudah tahu cara-cara untuk berlindung diri daripada fitnah si laknatullah itu??


Tunggu entri yang seterusnya..  




P/S: Nantikan juga The Arrival versi 'tahqiq'.... Bida'ah dalam konspirasi??hehe..




~Back to basic~

4 orang sedang menziarah kubur:

puteriikhwan berkata...[Reply to comment]

assalamualaikum wbt
nice entry..betul sangat!!
da jugak dah wat kajian, siap promote kat org tp dengan bangganya buat relatioship status dkat fb is married to xxx..itu secara tak langsung menghina institusi perkahwinan dan Islam itu sendiri..buat apa lantang melaung konspirasi barat untuk jatuhkan Islam sedangkan diri sendiri terpengaruh?menjatuhkan maruah diri, keluarga dan agama...oh tidak!!
-kepada tuan blog, saya mohon izin share boleh?

sipenggalikubur berkata...[Reply to comment]

wsalam...

btul3x, kata upin ipin..heh

kpd tuan puteriikhwan..prmohonan anda dterima..

NA_SR berkata...[Reply to comment]

@sipenggalikubur

tu la deh tuan....
bak kato org tuo2... "heboh dek org yo, kuman seborang laut nmpak, gajah dopan mato x plak nmpak"
huhuhu

sipenggalikubur berkata...[Reply to comment]

@NA_SR

apo2 je la yo en NA_SR?
memang tak nampak la yo, kalu doh mato tu buto..

betul x aku guna loghat negori nih?
hehu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...